SAYANG TAK TERUNGKAP / Muharikah


SAYANG TAK TERUNGKAP / Muharikah

“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!” “I have to leave. Until you can explain everything to me.” *** Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut. Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara. “Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?” Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaanyang dicari?

Parallel Title
Author Muharikah
ISBN 9789672459767
ISSN
Call Number PL 5139 .M84 2024
Publication Selangor
Year 2024
Physical Desciption 487 pages 19 cm
Subject Malay fiction
Related Name
URL