MANDATORY READING MATERIALS
ARSENE LUPIN : 813 / Maurice Leblanc; penterjemah Fatimah Rodhiah Mohd Yusof & Nuraina Akmal Misman

Empat tahun berlalu selepas kejadian The Hollow Needle, dan semenjak itu nama Arsène Lupin tidak lagi didengari di mana-mana. Pihak polis telah mengumumkan Lupin telah mati. Bagaimanapun, kota raya Paris menjadi gempar apabila berlaku tiga pembunuhan di Hotel Palace. Kad nama Lupin telah dijumpai pada salah satu mayat, seorang hartawan bernama Rudolf Kesselbach. Kes ini membingungkan polis kerana umumnya diketahui Lupin tidak pernah membunuh. Adakah Lupin telah bangkit daripada kuburnya dan dahagakan darah? Ketua detektif, Monsieur Lenormand menemui bukti Lupin masih hidup dan berada di lokasi kejadian jenayah. Namun, dia yakin Lupin bukan pembunuhnya. Dua label kertas tertulis nombor 813 dijumpai di lokasi pembunuhan. Dia yakin nombor ini mempunyai maksud yang penting dalam kes ini. Tetapi, apa? Arsène Lupin keluar semula untuk membersihkan namanya. Dia menemui bukti Rudolf Kesselbach sedang merancang sesuatu yang besar, yang melibatkan negara Jerman dan seluruh Eropah. Biarpun diburu polis, Lupin perlu menyelesaikan misteri 813. Jika gagal, keseimbangan negera-negara Eropah mungkin tergugat. Namun, kali ini dia berdepan dengan lawan yang menakutkan, yang menghantuinya dan membuatnya terhumban ke dalam penjara. Apakah yang akan Lupin lakukan untuk membebaskan dirinya? Adakah strateginya akan berjaya? Mampukah Lupin melawan ketakutannya berhadapan dengan pembunuh yang seperti raksasa itu?

Parallel Title
Author
Leblanc, Maurice
ISBN
9789673696390
ISSN
Call Number
PL 5139 .L43 2022
Publication
Selangor
Publisher
Penerbit X
Year
2022
Physical Description
550 pages 18 cm
Subject
Lupin, Arsene (Fictitious character) --Fiction
French fiction --Translation into Malay
Detective and mystery stories, French --Translation to Malay
Related Names
Fatimah Rodhiah Mohd Yusof
Nuraina Akmal Misman
URL