KONSEP INTEGRITI MENURUT HADIS NABI / Faisal Ahmad Shah, Hanafi Hamdani
Buku berjudul Konsep Integriti Menurut Hadis Nabi mengupas mengenai konsep integriti dan nilai-nilai mahmudah yang menyokongnya dan nilai–nilai mazmumah yang menghambatnya berdasarkan hadis-hadis sahih. Buku ini turut mengupas mengenai integriti nabi SAW sebagai ketua negara, sebagai panglima perang dan sebagai ketua keluarga. Nilai-nilai mahmudah yang dibincangkan dalam buku ini antaranya kekuatan zahir (luaran), kekuatan maknawi (dalaman), pengawasan diri, berilmu dan berpengalaman, patuh kepada peraturan dan kualiti dalam pengurusan. Manakala nilai-nilai mazmumah adalah seperti ghulul (khianat), pecah amanah, rasuah, hadiah para pegawai, memberi syafaat (pertolongan) secara tidak benar, pilih kasih, zalim, birokrasi, memungkiri janji, bertangguh kerja dan bergopoh gapah.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | Faisal Ahmad Shah |
| ISBN | 9789831009024 |
| ISSN | |
| Call Number | BP 173.6 .F35 2017 |
| Publication | Kuala Lumpur |
| Year | c2017 |
| Physical Desciption |
xiii, 244 pages 22 cm
|
| Subject |
Integrity --Religious aspects --Islam
|
| Related Name |
Hanafi Hamdani
|
| URL |
| IKMa PETALING JAYA | ( 1 Copy ) |

